Mengapa anak anda perlukan kamera (Part 1)

Ramai di antara kita tentu mempunyai kamera sebagai gajet untuk merakam segala memori indah dan kenangan manis sekeluarga. Tidak kira samada kamera tersebut adalah model kompak, digital mahupun DSLR ianya tetap memberikan impak untuk kita mengingati perjalanan dan kenangan yang pernah dilalui melalui rakaman lensa kamera.

TAHUKAH ANDA? Setiap kali anda leka mengendalikan lensa kamera merakam pose-pose comel anak anda, tanpa anda sedari kemungkinan anak comel anda juga mempunyai perasaan ingin tahu dan ingin mencontohi bagaimana anda merakam gambar melalui kamera walaupun mereka baru berusia setengah jagung. 

Jangan biarkan mereka atau membantut perasaan ingin cuba anak anda, jika anda mahu memperkenalkan kepada kegembiraan fotografi dari usia muda, terdapat beberapa cara untuk dipertimbangkan mengikut julat umur mereka.


UMUR 1 - 2 TAHUN

Anda mungkin tidak percaya, sesetengah ibu bapa secara tidak langsung memilih kamera sebagai hadiah hari jadi pertama anak mereka walaupun ianya berbentuk mainan sahaja. Tetapi adakah anda percaya, pada masa sekarang, beberapa pengeluar barangan mainan mahupun gajet telah memasarkan kamera digital yang  sesuai untuk anak anda biarpun ianya meggunakan teknologi asas dan tidak sehebat sepertimana kamera yang sebenarnya.

Dan ianya berguna! Di dalam sesetengah perkara, sebagai ibu bapa mungkin tidak pernah terlintas atau menganggap pembelian kamera itu tidak sesuai. Tetapi perlu diingati, anak kecil mungkin tidak tahu membezakan megapixel dan juga ISO kualiti gambar yang ditangkap melalui kamera dan menganggap ianya hanya permainan semata-mata

Sepertimana kanak-kanak zaman sekarang, hanya membiarkan mereka bermain dengan kamera sebagai mainan dan jangan bimbang terlalu banyak tentang pengajaran apa-apa yang khusus tentang kamera dan fotografi yang di ambil oleh mereka. Biarpun kamera tersebut adalah murah dan tidak mempunyai fungsi canggih sepertimana kamera yang ada di pasaran, jadikan pembelian kamera itu membuatkan ia menyeronokkan dan mengharapkan mereka akan berkembang daripada pembelajaran tersebut akhirnya.


UMUR 3 - 5 TAHUN

Pada usia ini, anak-anak akan memahami konsep kedudukan posisi foto tetapi tidak cukup memahami kesan cahaya dan kualiti gambar yang diambil olehnya. Bergantung kepada ibu bapa, anak-anak mungkin tidak mempunyai idea nilai posisi foto yang di ambil untuk dihayati, dan sebagai ibu bapa mungkin boleh memberikan serba sedikit pembelajaran tersebut.


Dalam julat umur di antara 3 - 5 tahun, mereka tidak perlu didedahkan mengenai perbezaan warna atau kesan cahaya atau sudut tangkapan gambar yang diambil melalui lensa kamera mereka. Ini kerana, kanak-kanak memang suka menghalakan kamera mereka pada sesuatu dan melihat paparan imej yang diambil oleh mereka sendiri.

Pindahan apa jua imej foto yang diambil oleh mereka ke komputer mungkin tidak perlu kerana kebiasaannya kanak-kanak akan menangkap gambar yang sama berulang kali.


UMUR 6 - 9 TAHUN 

Pada peringkat umur ini, perkara yang menarik akan baru bermula sekiranya ibu bapa mempunyai kesabaran dan penelitian yang penuh. Atau mungkin, ibu bapa menunggu sehingga sekarang untuk menghadiahkan anak mereka dengan kamera. Walau bagaimanapun, pada peringkat umur ini adalah amat sesuai untuk mengajar dan mendedahkan anak anda mengenai kamera dan tanggungjawab penjagaan --> pemilikan kamera.

Bergantung kepada bagaimana anak anda boleh mengambil titik gambar, kemungkinan untuk mereka menggunakan kamera digital atau kamera DSLR peringkat awal boleh dipertimbangkan.

Perlu diketahui oleh ibu bapa bahawa kanak-kanak akan lebih cenderung untuk menggunakan kamera jika ianya sentiasa dengan mereka. Pada usia ini, mereka lebih berupaya untuk mengambil sesuatu imej daripada keutamaan kelajuan pengatup cahaya dan mod keutamaan bukaan kamera tersebut. Mereka juga akan mulai menjadi lebih kreatif bagaimana untuk mengambil gambar itu kelihatan.

Dengan cara ini, kanak-kanak boleh diajar bagaimana cara mereka melihat dunia melalui paparan imej gambar yang diambil.




0 comments:

Post a Comment