Terma & Syarat


TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN
01.
Segala urusan pembelian menggunakan transaksi Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
02.
KiddoZoom tidak menerima sebarang pembelian berdasarkan "cash on delivery (C.O.D)".
03.
Pelanggan dikehendaki mengisi dan lengkapkan Borang Pembelian terlebih dahulu bagi membolehkan KiddoZoom memastikan dan menyediakan stok produk barangan.
04.
Semasa proses pembelian dilakukan, pelanggan dibenarkan membuat sebarang penambahan, penukaran atau pembatalan pembelian yang dilakukan tanpa sebarang bayaran penalti dikenakan.
05.
Pelanggan dikehendaki membuat pembayaran dalam tempoh dua (2) hari selepas pengesahan pembelian diterima. Sekiranya selepas dua (2) hari atau masuk hari ketiga, KiddoZoom tidak menerima sebarang pembayaran, maka pembelian yang dibuat oleh pelanggan sebelum ini sebagai batal.
06.
Proses pembayaran boleh dibuat oleh pelanggan selepas sahaja menerima pengesahan pembelian atau invois pembelian daripada KiddoZoom melalui email, SMS ataupun panggilan telefon.
07.
Sekiranya terdapat pembatalan pembelian selepas pembayaran dilakukan, KiddoZoom hanya memulangkan 50% daripada pembayaran penuh yang telah dibuat oleh pelanggan sahaja, dan selebihnya adalah sebagai bayaran penalti pembatalan pembelian.
08.
Penghantaran akan dibuat serta merta selepas sahaja KiddoZoom menerima pembayaran daripada pelanggan.
09.
KiddoZoom tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat kehilangan atau kerosakan pada produk barangan yang dihantar kepada pelanggan.  

TERMA DAN SYARAT KATEGORI PEMBELIAN
KiddoZoom menawarkan tiga (3) kategori pembelian untuk pelanggan. Kategori-kategori tersebut adalah sepertimana di bawah ini:
·         Kategori Pembelian PRE-ORDER
·         Kategori Pembelian BORONG
·         Kategori Pembelian ANSURAN
Kategori Pembelian PRE-ORDER
01.
Kategori pembelian ini membabitkan sekiranya produk yang ingin dibeli oleh pelanggan tiada stok di dalam pegangan KiddoZoom.
02.
Harga bagi Pembelian PRE-ORDER adalah tertakluk sepertimana harga jualan dan tiada penambahan caj atau kos dikenakan kepada pelanggan.
03.
Pelanggan hanya perlu membayar 40% bayaran pendahuluan sebagai tempahan dan bayaran penuh sebelum produk dihantar kepada pelanggan.
04.
Sekiranya produk yang ditempah oleh pelanggan masih tiada stok, KiddoZoom akan memulangkan kembali bayaran penuh pendahuluan yang dibuat oleh pelanggan sebelum ini.
05.
Bayaran pendahuluan tidak akan dipulangkan sekiranya pelanggan membatalkan pembelian.
06.
Tempoh masa yang diambil untuk Pembelian PRE-ORDER ini adalah antara tujuh (7) hari – sepuluh (10) hari bekerja untuk dihantarkan kepada pelanggan.
Kategori Pembelian BORONG
01.
Kategori Pembelian BORONG dibenarkan untuk pelanggan individu atau peniaga dengan SYARAT pembelian hendaklah dibuat minimum 5 unit ke atas SAHAJA.  
02.
Harga pada Pembelian BORONG adalah tertakluk sepertimana harga borong yang disiarkan di laman blog KiddoZoom.
03.
Pelanggan atau peniaga yang membuat Pembelian Borong perlu membuat bayaran penuh sebelum penghantaran dilakukan.
04.
Sekiranya terdapat stok yang dibeli oleh pelanggan atau peniaga tiada stok, pelanggan atau peniaga dibenarkan membuat sebarang pertukaran produk atau KiddoZoom akan memulangkan kembali semula bayaran penuh yang telah dilakukan oleh pelanggan atau peniaga.
05.
Pelanggan atau peniaga dibenarkan untuk membatalkan pembelian yang dibuat TETAPI KiddoZoom hanya akan memulangkan baki 70% bayaran penuh sahaja dan baki 30% bayaran akan dikenakan kepada pelanggan atau peniaga sebagai caj penalti pembatalan pembelian.
06.
Tempoh masa yang diambil untuk Pembelian BORONG ini adalah antara tujuh (7) hari – sepuluh (10) hari bekerja untuk dihantarkan kepada pelanggan bergantung kepada jumlah kuantiti pembelian yang dilakukan.
Kategori Pembelian ANSURAN
01.
Kategori Pembelian ANSURAN hanya layak untuk kategori pelanggan sahaja.
02.
Harga bagi Pembelian ANSURAN adalah tertakluk sepertimana harga ansuran yang disiarkan di laman blog KiddoZoom dan penambahan caj atau kos RM10.00 daripada harga jualan biasa dikenakan kepada pelanggan sebagai tempahan produk.
03.
Pelanggan hanya perlu membayar 40% bayaran pendahuluan sebagai tempahan pembelian.
04.
Pelanggan dibenarkan untuk membuat 60% bayaran ansuran sebanyak dua (2) kali samada dua (2) minggu sekali atau satu (1) bulan sekali bergantung kepada permintaan pelanggan.
05.
Selepas pembayaran ansuran diselesaikan, penghantaran produk akan dilakukan segera.
06.
Sekiranya pelanggan membuat pembatalan pembelian, KiddoZoom tidak akan memulangkan baki bayaran yang telah dibuat oleh pelanggan.
07.
Tempoh masa penghantaran adalah antara tiga (3) hari – lima (5) hari bekerja untuk dihantarkan kepada pelanggan.