TAHUKAH ANDA? Gambar ini diambil oleh kanak-kanak

Kebiasaan ibubapa akan berasa bimbang dan takut apabila anak mereka memegang kamera sekiranya terdapat kerosakan akibat kesilapan terhentak atau jatuh. Apatah lagi dengan anggapan oleh sesetengah ibubapa bahawa anak mereka belum cukup matang untuk mengendalikan kamera untuk menangkap gambar berbanding dengan orang dewasa. 

Tetapi TAHUKAH ANDA? Bahawa anak-anak anda juga mungkin boleh mengendalikan kamera dan menangkap gambar lebih baik daripada orang dewasa tanpa anda sangkakan. Galeri KiddoZoom membawakan kepada ibubapa gambar-gambar yang diambil oleh pemenang bagi pertandingan "Children's Eyes On Earth International Youth Photography 2012".

Gambar ini merupakan enam gambar yang terpilih dari lebih 4,000 penyertaan dari seluruh dunia di mana syarat penyertaan adalah kanak-kanak di bawah umur 17 tahun sahaja.

Tempat Pertama: SOS! Oleh Anastasya Vorobko, usia 8 tahun dari Rusia.

Tempat Kedua: EMERGENCY EXIT! Oleh Juan Carols Canales, usia 14 tahun dari Sepanyol.

Tempat Ketiga: FIELDS OF GREEN. Oleh Bianca Stan, usia 14 tahun dari Romania.

Tempat Ketiga: MORNING IN SITU GUNUNG. Oleh Michael Theodric, usia 10 tahun dari Indonesia.

Anugerah Juri Awam: THE LAST BREATH. Oleh Kseniya Saberzhanova, usia 13 tahun dari Rusia.

Anugerah Khas: IN THE WIND. Oleh Sophie Vela, usia 14 tahun dari Perancis.


BannerFans.com