Nukilan penulisan daripada: © 2010 Gwen Dewar, Ph.D.
Kamera
digital untuk kanak-kanak mempunyai banyak kegunaan. Mereka memberi kita peluang
untuk melihat dunia dari perspektif anak-anak kita. Kamera digital juga boleh
dijadikan alat pembelajaran - membantu anak-anak mengembangkan kosa kata
mereka, mengasah kemahiran bercerita mereka, dan memperkayakan daya pemikiran
saintifik mereka.
Di sini merupakan kajian beberapa penyelidikan
mengenai jurugambar kanak-kanak, dan beberapa idea menjadilam kamera sebagai aktiviti
pembelajaran.
Mengapa kamera digital boleh
merevolusikan penyelidikan tentang anak-anak ... dan memperkayakan pemahaman ibubapa
tentang dunia anak mereka
Sesetengah ibubapa tidak gemar membelikan mainan
berteknologi tinggi untuk anak mereka. Tetapi
kamera digital untuk kanak-kanak dapat membuatkan semua pihak gembira -
walaupun sesetengah ibubapa yang bimbang dan beranggapan bahawa alat mainan dan
permainan elektronik boleh menghalang kreativiti kanak-kanak.
Untuk pertama kalinya sejak penciptaan fotografi
diperkenalkan, ia adalah munasabah untuk ibubapa memberikan ruang kepada
anak-anak mereka berinteraksi dengan kamera yang diberikan dan memerhati anak
mereka menggunakan kamera tersebut dengan sendiri.
Keputusannya nanti agak menarik! Gambar yang
diambil oleh anak-anak memberikan ibubapa mengenai pandangan yang menyeluruh
tentang apa yang diperhatikan ke dalam minda mereka. Ibubapa dapat melihat apa
yang dirasakan penting kepada mereka dan melihat dunia melalui mata mereka.
Apakah yang digambarkan
kanak-kanak melalui imej foto yang diambil?
Di Eropah, terdapat beberapa penyelidikan dilakukan
oleh penyelidik untuk mengetahui apa yang difikirkan oleh kanak-kanak melalui
foto yang diambil oleh mereka sendiri.
Sebagai contoh; kanak-kanak dari lima negara yang
berbeza dan mewakili tiga kumpulan iaitu di bawah usia 7 tahun, usia 11 tahun,
dan kanak-kanak berusia 15 tahun. Kanak-kanak
telah ditunjukkan bagaimana untuk menggunakan kamera, tetapi mereka tidak
diberikan sebarang latihan atau pelajaran dalam kontek nilai fotografi atau
estetika.
Apabila penyelidik meneliti gambar yang telah
diambil oleh ketiga-tiga kumpulan kanak-kanak tersebut, mereka dapati terdapat beberapa
corak dan para penyelidik memutuskan bahawa:
a) Kanak-kanak
berusia 7 tahun ke bawah lebih cenderung untuk mengambil gambar di dalam
rumah, dan mereka mengambil lebih banyak gambar harta benda mereka (seperti alat
permainan).
b) Berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua dan
lebih muda, kanak-kanak berusia 11 tahun
mengambil lebih banyak gambar dan prihatin dengan persekitaran disekililing
mereka dan tidak terkecuali juga gerak geri laku individu berhampiran mereka.
Mereka lebih tertarik menangkap gambar senario luar jangkaan (candid capture)
dan hanya menangkap sedikit gambar di bawah kawalan (action pose).
Secara keseluruhannya, kanak-kanak berusia 11 tahun menangkap
gambar-gambar yang mempunyai unsur-unsur seni atau luar biasa. Mereka juga
menghasilkan sejumlah besar gambar dinilai sebagai mempunyai kualiti pameran
oleh penyelidik.
c) Kanak-kanak yang lebih tua (berusia 11 tahun ke atas dan
15 tahun) adalah lebih cenderung untuk mengambil gambar yang lucu atau keanak-anakan.
Ini kerana secara psikologi memang kumpulan
remaja hanya tertumpu kepada dunia sosial mereka sahaja. Mereka mengambil
banyak gambar berkumpulan di antara rakan-rakan.
d) Boleh dikatakan setiap tangkapan gambar yang
diambil oleh kanak-kanak berusia 7 tahun
ke bawah dan 11 tahun lebih
bersifatkan spontan. Manakala kumpulan kanak-kanak yang lebih tua (berusia 11 tahun ke atas dan 15 tahun) lebih mengutamakan imej tangkapan di
dalam kesedaran ataupun bersahaja.
e) Kumpulan kanak-kanak (berusia 11 tahun ke atas dan
15 tahun) lebih suka bereksperimen dengan kesan fotografi yang berbeza,
seperti contoh menangkap gambar dengan sudut kamera yang ganjil.
Secara kesimpulan yang didapati oleh penyelidik di
Eropah mendapati kamera digital untuk kanak-kanak menawarkan banyak peluang
untuk mereka bermain dan penerokaan secara semulajadi mengikut naluri mereka. Dan,
kepada ibubapa, jangan beranggapan pemberian kamera digital kepada anak-anak
tidak memberikan sebarang manfaat atau hanya sebagai alat perakam memori
sahaja.
0 comments:
Post a Comment