Membeli kamera untuk anak anda

Pembelian hadiah untuk anak anda boleh menjadi tugas yang berat kerana anda mungkin tidak pasti sama ada mereka akan suka apa yang anda belikan untuk mereka atau tidak. Jadi, sekiranya pilihan anda mahu membelikan mereka kamera digital sebagai hadiah, maka terdapat banyak perkara yang perlu anda simpan di dalam kepala yang mungkin akan membantu anda mendapatkan kamera yang sesuai untuk anak-anak anda.

Salah satu perkara yang penting untuk kanak-kanak adalah bahawa kamera digital menjadi salah satu gajet yang mempunyai paparan imej yang boleh dilihat oleh mereka selepas mengambil gambar. Ini memberikan anak anda keseronokan melihat hasil tangkapan imej yang di ambil oleh mereka sendiri dan membolehkan mereka berasa bangga serta untuk "menunjuk-nunjuk" hasil milik mereka kepada rakan-rakan mereka.

Kamera digital kanak-kanak 

Satu lagi faktor penting untuk kanak-kanak adalah bahawa kamera mereka kelihatan canggih dan menarik. Ia tidak kira sama ada ia mempunyai skrin paparan imej yang besar atau kecil, sama ada ia adalah 300k pixel atau 5 mega pixel. Yang perlu adalah kamera tersebut berbentuk pintar, datang di dalam warna yang menarik atau ia juga kelihatan comel atau 'funky'. 

Kamera kecil untuk tangan si kecil

Saiz juga adalah penting. Kebanyakkan kanak-kanak pasti akan memilih kamera digital yang kecil dan padat supaya mereka meletakkan kamera tersebut di dalam gengaman tangan mereka atau menggantung di leher mereka. Model kamera yang besar, walaupun mempunyai ciri-ciri yang lebih menarik dan terkini, tidak digalakkan untuk kanak-kanak.

Menangkap gambar dengan mudah

Satu lagi perkara perlu dipertimbangkan ialah pengendalian kamera yang mudah. Ia adalah penting bahawa kamera yang mesra kanak-kanak yang mempunyai fungsi yang mudah untuk mereka menangkap gambar dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang mengenai aspek fungsi kamera itu sendiri kerana banyak kanak-kanak hari ini dilahirkan dalam era digital. Mereka mampu untuk belajar dengan lebih cepat berbanding anda sendiri. Jadi selagi kamera yang dibelikan untuk mereka adalah di dalam keadaan yang baik dalam semua aspek dan mudah digunakan, walaupun jika "keupayaan klik" adalah lebih sedikit mengelirukan, ianya tidak benar-benar perlu dirisaukan.

Harga kamera digital untuk anak anda

Perkara terakhir mungkin di dalam pemikiran ibu bapa adalah mengenai harga kamera digital itu sendiri. Di dalam pasaran masa kini sebiji kamera digital yang murah di dalam lingkungan harga RM 299.00. Tetapi di  KiddoZoom kami akan menawarkan pemilihan model kamera yang bersesuaian untuk anak anda di dalam julat harga di antara RM 99.00 hingga ke RM 199.00 sahaja. Jadi, ianya bergantung kepada kemampuan  bajet yang ditetapkan oleh anda sendiri. Nasihat yang terbaik? Bergantung kepada umur anak anda, mulakan   pembelian kamera yang murah kemudian baru memikirkan pembelian kamera yang bersesuaian mengikut tahap perkembangan anak anda di dalam fotografi.

0 comments:

Post a Comment