Mengapa anak anda perlukan kamera (Part 2)

UMUR 10 - 13 TAHUN

Peningkatan kendiri di dalam diri anak anda mengenai fotografi adalah cukup tinggi di dalam lingkungan umur ini. Begitu juga dengan penggunaan komputer. Jika anda hanya mempunyai satu PC di dalam rumah untuk dikongsi oleh keluarga, adalah sesuai untuk anda mengasingkan kotak (folder) dokumen anda untuk diasingkan supaya anak anda mempunyai ruang untuk bermain dan tidak mengelirukan penyimpanan dokumen anda. Program seperti Picasa dan iPhoto mudah untuk kanak-kanak belajar memahami cara untuk bermain dengan foto yang diambil kerana mempunyai pelbagai kemudahan untuk anak anda mengubah dan menyunting gambar yang telah ditangkap olehnya.

Pembelian kamera DSLR mungkin boleh dipertimbangkan pada peringkat umur ini mengikut kemampuan anda. Dan sekiranya tidak kemungkinan untuk pembelian kamera terpakai adalah cukup memadai sebagai alternatif berbanding kamera yang baru mengikut bajet anda untuk anak anda. Ya, kamera baru sudah tentu mempunyai kelebihan berbanding kamera terpakai dari segi tempoh jaminan untuk setiap kerosakan. Tetapi ianya cukup memadai untuk anak anda mempunyai kamera mereka sendiri sebagai permulaan.  

Banyak perkara mengenai kamera dan fotografi boleh diajar untuk anak anda di dalam julat umur ini. Secara tidak langsung, pembelajaran penggunaan kamera seperti tangkapan kedalaman kaburan imej dan penggunaan alat tripod mungkin berguna untuk membantu meningkatkan ketajaman dan kejelasan gambar itu ditangkap oleh mereka. Secara tidak langsung membimbing dan mendidik anak anda dari segi kesabaran dan ketekunan ketika menangkap gambar.


Jika anda sedari, pada usia ini kanak-kanak lebih cenderung untuk belajar dan sokongan daripada ibu bapa untuk memberikan galakan dapat membantu mereka dari pertumbuhan kendiri. Lagipun, kanak-kanak lebih cepat menangkap apa yang diajar kepada mereka berbanding orang dewasa, dan koleksi gambar yang diambil oleh mereka boleh dikongsi pendapat bersama ibu bapa bagi mengeratkan lagi hubungan anak dan ibu bapa.


UMUR 14 ++ TAHUN

Jika waktu ini anda mempunyai kamera DSLR dan anak anda telah berkembang minat mereka di dalam fotografi, anda mungkin perlu membeli sendiri kamera baru jika mereka telah merampas kamera anda. Jangan terperanjat sekiranya waktu ini juga, anak anda sudah pandai memilih kamera sendiri jika diberikan peluang. Ini kerana, kecelikan penggunaan komputer dan internet pada masa sekarang membolehkan mereka membuat perbandingan setiap pilihan yang dibuat oleh mereka.

Sebagai ibu bapa tentu menganggap pembelian kamera yang baru adalah sama harga kos bagi membuat bayaran pendahuluan untuk sebuah kereta Perodua mahupun Proton. Nasihat yang berguna untuk ibu bapa, jangan anda membantutkan pendirian anda sekiranya anda ingin membimbing anak anda mencintai bidang fotografi dan apa yang penting anda boleh membuat pemilihan kamera yang terbaik bagi anak anda berdasarkan bajet anda sendiri. 

Jika anak anda boleh menangkap gambar dengan lebih baik berbanding dahulu dan menunjukkan kebolehan dan cara penangkapan gambar yang baik walaupun menggunakan kamera yang berkualiti rendah, adalah tidak menjadi masalah untuk anda membuat pemilihan kamera yang baru bagi mereka. Ia juga merupakan masa yang sesuai untuk membimbing mereka belajar penggunaan kamera yang mengandungi kawalan yang lebih manual sebagaimana remaja yang suka belajar bereksperimen dengan membentuk cahaya dan bermain dengan konsep yang berbeza ketika menangkap gambar. Tidak perlu risaukan untuk pembelian kamera terkini yang mempunyai konsul khas penangkapan imej foto. Apa yang penting adalah mereka belajar asas yang kukuh dalam fotografi yang betul, melalui eksperimen penggunaan f-stop, kelajuan pengatup (shutter speed) dan pemilihan ISO (kualiti tangkapan imej) setiap gambar yang ditangkap oleh mereka sendiri.

Jangan membataskan keinginan untuk membelikan kamera untuk anak anda, ini kerana teknologi kamera pada ini telah berkembang pesat berbanding penggunaan kamera optikal 10 tahun yang lepas. Banyak pilihan  dari segi harga boleh dibuat oleh ibu bapa untuk pembelian kamera yang baru di pasaran. 

0 comments:

Post a Comment